Dalam post kali ini, saya akan menulis berkenaan
genus Portulaca dari
famili Portulacaceae. Secara umum, semua spesies tumbuhan dari genus ini lebih dikenali dengan nama panggilan
Rose Moss/Moss Roses atau
pokok matahari (sun plant) walaupun masing-masing sebenarnya mempunyai nama dan sifatnya yang tersendiri. Dengan keindahan bunganya pelbagai warna yang terdiri daripada
merah, kuning, merah jambu, putih, jingga atau ungu, ramai penggiat seni taman menjadikan Portulaca sebagai titik fokal kediaman.
Portulaca adalah
tumbuhan sukulen(berkebolehan menyimpan air) sebagaimana kaktus. Maka ia memerlukan
persekitaran panas dan tanah yang
tidak sentiasa basah untuk hidup subur dan berbunga. Tanaman tutup bumi ini mengeluarkan
bunga sepanjang tahun dan boleh membesar antara
4-8inci tinggi sebarannya di tanah sepanjang
2kaki. Secara keseluruhannya, dianggarkan terdapat kira-kira
40-100 spesies yang boleh ditemui di negara-negara bersuhu panas atau
beriklim tropika. Antara spesies terkenal yang biasa ditanam ialah
Portulaca grandiflora, Portulaca oleraceae, Portulaca All Aglow, Portulaca intraterranea, Portulaca sedifolia, Portulaca bicolor dan
Portulaca halimoides. |
PORTULACA ALL AGLOW HIBRID |
|
PORTULACA GRANDIFLORA |
Sesetengah tempat menganggapnya sebagai rumpai, manakala yang lain menjadikannya sebagai salah satu
bahan masakan, sayuran, malah diekstrak minyaknya untuk penghasilan
barangan kosmetik terutamanya bagi spesies
Portulaca oleraceae atau nama lainnya
Purslane. Disebabkan karakter Moss Roses yang memerlukan persekitaran panas untuk tumbuh subur, maka ia sangatlah elok ditanam di
'rock garden', sepanjang laluan pejalan kaki, petak penanaman, berhampiran tempat parkir kereta dan lain-lain yang sesuai. Moss Roses boleh dibiakkan sama ada dengan
biji benih atau menggunakan
keratan batangnya yang dipatahkan untuk terus ditanam.
|
Portulaca grandiflora ditanam dalam kelompok besar |
|
PORTULACA OLERACEAE |
|
Portulaca oleraceae dalam hidangan Greek Salad |
|
Portulaca oleraceae/Purslane dimasak sebagai sayuran |