Showing posts with label Vegetable. Show all posts
Showing posts with label Vegetable. Show all posts

Something About Yardlong Bean a.k.a 'Kacang Panjang'


So, the picture above is a common sight of the yardlong beans being sold in fresh market in almost around the world. This beans really is quite a popular delicacy in some places such as my hometown which is Taiping.  If you've never eat yard-long green beans, you're missing a real treat. I've been eating them since I was a child and never loathe with it. They are actually among the sweetest and most tender of the bean varieties. You can pick them, wash them, put them in a pot of boiling water and add some seasoning, and 10 minutes later serve them to your family. Yard-long green beans grow from 30 to 36 inches long but are best at about 12 inches. They are also call asparagus green beans or Chinese green beans.
 

Vigna unguiculata subsp. sesquipedalis is a legume cultivated to be eaten as green pods. It is also known as the yardlong bean, bora, long-podded cowpea, asparagus bean, snake bean, Chinese long bean or Kacang Panjang if it's in Malaysia. Despite common name, the pods are actually only about half a yard long; the subspecies name sesquipedalis (one-and-a-half-foot-long) is a rather exact approximation of the pods' length.

This plant is of a different genus than the common bean. It is a vigorous climbing annual vine. The plant is subtropical/tropical and most widely grown in the warmer parts of South Asia, Southeastern Asia, Malaysia, and Southern China. It prefer hot and humid surroundings but some species can thrive in colder climate yet still sensitive to frost. A variety of the cowpea, it is grown primarily for its strikingly long (35-75 cm) immature pods and has uses very similar to that of the green bean. The many varieties of yardlong beans are usually distinguished by the different colors of their mature seeds. Some are cream colored while others are dark purple like a species that I've plant on my yard on following pictures.
 
 Wrinkled mature beans which are no longer tasty to eat but suitable to be used as seeds supply. At this stage, you can actually see the seeds inside it when exposed to the sunlight.
 
Some newly collect 'Kacang panjang' seeds that I don't know exactly which species does it belongs.
 
Notice the difference between newly picked seeds on the left and dried seeds on the others.

The pods, which can begin to form just 60 days(or less based on climate and soil condition) after sowing, hang in groups of two or more. They are best for vegetable use if picked before they reach full maturity; however, overlooked pods can be used like dry beans in soups. When harvesting, it is important not to pick the buds which are above the beans; since the plant will set many more beans on the same stem. This plant takes longer time to reach maturity than bush beans; but once producing, the beans are quick-growing and daily checking/harvesting is often a necessity. The plants will produce beans until frost in 4 climate zone and continue throughout the year in tropical climate(with intensive care).

Four days after sowing in polystyrene cup.
 
After about 2 weeks, the plants are well-established and climb rapidly on that blue 'tali rafia'. In this picture, I've actually plant 2 individual plant in each hole for better bean produce.

Approximately 5-6weeks after sowing, I was impressed by the amount of 'kacang panjang' it produces but quite frustrated with pests invasion that happens occasionally(like in that pic).
 
Uses
The crisp, tender pods are eaten both fresh and cooked. They are at their best when young and slender. They are sometimes cut into short sections for cooking uses. As a West Indian dish it is often stir-fried with potatoes and shrimp. They are used in stir-fries in Chinese cuisine. In Malaysian cuisine they are often stir-fried with chillies and shrimp paste (sambal), used in cooked salads (kerabu) mix in curry dish or cooked in endless variation of recipes. Another popular and healthful option is to chop them into very short sections(like the picture below), then fry them in an omelette. maybe you can eat it raw just like I always did with rice and other side dishes. Sometimes, I prefer to eat it with dippings like budu, cencaluk or sambal belacan to add more flavour to it.

Chopped long beans ready to be cooked.

Nutrition
They are a good source of protein, vitamin A, thiamin, riboflavin, iron, phosphorus, and potassium, and a very good source for vitamin C, folate, magnesium, and manganese.

In a serving size of 100 grams of yardlong beans there are 47 calories, 0 grams of total fat, 0 mg cholesterol, 4 mg sodium (0% daily value), 8 grams of total carbohydrates (2% daily value), and 3 grams of protein (5% daily value). There is also 17% DV vitamin A, 2% DV iron, 31% DV vitamin C, and 5% DV calcium. (Percent daily values are based on a 2000 calorie diet. Individual daily values may be higher or lower depending on individual calorie needs.)

Gelenggang kecil (Senna tora)


Sinonim: Cassia tora
Famili: Leguminosae (Caesalpiniaceae)
Nama tempatan: Gelenggang padang
Negara asal: Amerika Tropika

Kini pokok renek yang batangnya sedikit berkayu ini lebih dikenali sebagai rumpai jika dilihat tumbuh di mana-mana kawasan perumahan tidak seperti dahulu. Batang pokoknya berwarna hijau keperangan dan tumbuh dengan ketinggian antara 50-100cm. Daun pinatnya kira-kira 8-12cm panjang dan terdiri daripada 3 pasang anak daun yang berbentuk obovat atau obovat-oblong, berukuran 3-5cm panjang dan 2-3cm lebar. Daunnya juga berwarna hijau muda, yang akan kuncup pada waktu petang dan terbuka pada waktu pagi.

Daun pokok ini juga akan menguncup sekiranya disentuh sama sifat seperti rumput semalu. Bunganya keluar berpasangan, berwarna kuning dan mempunyai pendunkel pendek yang tumbuh pada aksil daun di pucuk. Lenggainya berbentuk silinder dan runcing, luaran bersegi, 10-15cm panjang dan 2-3mm lebar, dan banyak mengandungi biji yang kecil berwarna kekuningan. Lenggai ini berwarna hijau dan bertukar kepada perang kehitaman apabila masak.

Spesies pokok yang seakan-akan sama adalah Senna obtusifolia dengan nama tempatannya gelenggang sayur atau gelenggang nasi. Spesies ini tumbuh lebih tinggi, daunnya tidak berbau busuk dan perbezaannya hanya dari segi bentuk bunganya dan buahnya yang tidak bersegi.

Kegunaan dan Khasiat
Pokok herba atau pokok renek ini dianggap sebagai sayuran tradisional yang tidak diminati lagi. Pucuk atau daun muda herba ini biasanya dimasak lemak dan menjadi ramuan dalam masakan berasaskan ikan. Sayur ini turut dicampur dengan sayur atau pucuk lain sebagai ramuan nasi ulam, sambal tempoyak daun kayu atau kerabu. Sayur ini juga dianggap sebagai ubat yang dapat mengawal muntah dan sakit perut akibat makanan yang tidak hadam.

Sayuran ini mengandungi khasiat mineral dan vitamin yang tinggi. Dalam setiap 100g bahagian yang dimakan terkandung:
Kalsium 110mg, fosforus 61mg, ferum 6.4mg, vitamin A 15400 I.U, vitamin B1 1.9mg, vitamin B2 29mg, niasin 1.6mg dan vitamin C 185mg.


Pembiakan dan Penanaman
Sayuran tradisional ini tidak ditanam tetapi tumbuh meliar di tempat-tempat yang terbiar. Bagaimanapun di kampung-kampung, herba ini ditanam di sekitar kawasan rumah untuk keperluan dapur dan untuk kegunaan sebagai ubat.

Pembiakannya boleh dilakukan dengan cara semaian biji benih. Biji benih tersebut boleh terus disemai di batas dan jarak antara tanaman adalah 60-90cm . Pokok ini mampu hidup subur dalam pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Namun, tanah bakar adalah tanah yang paling sesuai untuk pertumbuhan gelenggang kecil. Baja yang disyorkan adalah baja asli atau baja organik seperti najis haiwan, kompos dan air basuhan ikan.






Portulaca

 
Dalam post kali ini, saya akan menulis berkenaan genus Portulaca dari famili Portulacaceae. Secara umum, semua spesies tumbuhan dari genus ini lebih dikenali dengan nama panggilan Rose Moss/Moss Roses atau pokok matahari (sun plant) walaupun masing-masing sebenarnya mempunyai nama dan sifatnya yang tersendiri. Dengan keindahan bunganya pelbagai warna yang terdiri daripada merah, kuning, merah jambu, putih, jingga atau ungu, ramai penggiat seni taman menjadikan Portulaca sebagai titik fokal kediaman.

Portulaca adalah tumbuhan sukulen(berkebolehan menyimpan air) sebagaimana kaktus. Maka ia memerlukan persekitaran panas dan tanah yang tidak sentiasa basah untuk hidup subur dan berbunga. Tanaman tutup bumi ini mengeluarkan bunga sepanjang tahun dan boleh membesar antara 4-8inci tinggi sebarannya di tanah sepanjang 2kaki. Secara keseluruhannya, dianggarkan terdapat kira-kira 40-100 spesies yang boleh ditemui di negara-negara bersuhu panas atau beriklim tropika. Antara spesies terkenal yang biasa ditanam ialah Portulaca grandiflora, Portulaca oleraceae, Portulaca All Aglow, Portulaca intraterranea, Portulaca sedifolia, Portulaca bicolor dan Portulaca halimoides.
 
PORTULACA ALL AGLOW HIBRID
PORTULACA GRANDIFLORA
 Sesetengah tempat menganggapnya sebagai rumpai, manakala yang lain menjadikannya sebagai salah satu bahan masakan, sayuran, malah diekstrak minyaknya untuk penghasilan barangan kosmetik terutamanya bagi spesies Portulaca oleraceae atau nama lainnya Purslane. Disebabkan karakter Moss Roses yang memerlukan persekitaran panas untuk tumbuh subur, maka ia sangatlah elok ditanam di 'rock garden', sepanjang laluan pejalan kaki, petak penanaman, berhampiran tempat parkir kereta dan lain-lain yang sesuai. Moss Roses boleh dibiakkan sama ada dengan biji benih atau menggunakan keratan batangnya yang dipatahkan untuk terus ditanam.
Portulaca grandiflora ditanam dalam kelompok besar
PORTULACA OLERACEAE
Portulaca oleraceae dalam hidangan Greek Salad

Portulaca oleraceae/Purslane dimasak sebagai sayuran

Celosia Cristata

Dikenali umum sebagai Bunga Balung Ayam bahasa melayu, tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan pokok renek ini sangat mudah dijumpai tumbuh meliar di halaman-halaman kampung. Tumbuhan dari genus Celosia ini terbahagi kepada beberapa spesies seperti Celosia Plumosa, Celosia Spicata, Celosia Argentea dan Celosia Virgata. Keunikan pokok renek ini dilihat pada bentuk bunganya yang seakan-akan balung ayam dan juga pada variasi warna bunganya iaitu merah, kuning, jingga, merah jambu serta campuran 2 warna.

Menanam daripada biji benih:
Untuk penanaman Celosia Cristata, biji benihnya bolehlah dikumpulkan daripada bunga yang telah matang. Biji benihnya halus berwarna hitam dan dihasilkan dengan banyak dalam satu bunga oleh pokok induk. Bagi kawasan beriklim panas, benih boleh terus ditanam pada tanah dan bagi beriklim sejuk, perlu ditanam dalam bekas semaian dalam rumah terlebih dahulu. Tanaman Celosia ini mengambil masa selama kira-kira 90 hari untuk berbunga daripada benih ditanam dan memerlukan tanah yang bersuhu tinggi kira-kira 60darjah fahrenheit (16 celsius) atau lebih untuk mudah bercambah.

Biji benih Celosia (zoom-in)

Walaupun bunga balung ayam ini boleh tumbuh dalam kebanyakan jenis tanah (tanah pasir, tanah liat,tanah gambut) adalah lebih digalakkan membuat penanaman benih dalam tanah yang tinggi kandungan bahan organiknya serta yang bersaliran baik untuk hasil terbaik. Lakukan semaian biji benih dengan kedalaman tapak 1/4 inci dalam dan tanah berkeadaan lembap. Ia mengambil masa lebih kurang 11 hinga 14 hari untuk bercambah pada suhu tanah 70darjah fahrenheit (21celsius). Jarak penanaman antara tanaman pula adalah 18inci bagi spesies kecil dan 18-24inci bagi spesies besar. Ketinggian pokok matang adalah dalam lingkungan 10inci hingga 12kaki. Perlu diingat bahawa kawasan penanaman pokok renek ini mestilah sentiasa mendapat sinaran matahari penuh untuk pertumbuhan yang baik dan bunga yang cantik.

Celosia Cristata berwarna kuning

Aneka Warna Celosia Plumosa

Celosia Plumosa